SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong(SMKSG) bermula pada bulan Januari 1974 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Gunong. Pengetua pertama ialah En. Lim Swee Hoe. Pada peringkat awalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja, Alor Merah,Alor Setar Kedah. Bilangan kelas pada masa itu sebanyak 9 buah(2 aliran Inggeris dan 7 aliran Melayu). Pada tahun 1976, akibat penambahan pelajar,sekolah ini menumpang pula di dua buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Gunong dan Sekolah Kebangsaan Alor Biak.
Rancangan menubuhkan sekolah sendiri telah diusahakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Satu rombongan pihak sekolah telah mengadakan pertemuan dengan menteri pelajaran ketika itu (Dr. Mahathir b. Mohamad) di Kuala Lumpur. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam rombongan itu ialah En. Ahmad b. Bahari (Pengerusi Pengelola sekolah),En. Sulaiman bin Ahmad (Pengerusi PIBG yang pertama), Allahyarham En. Mohamad bin Onn (guru) dan En. Halim Eng Tai (guru) Urusan untuk mendapatkan kebenaran pembinaan sekolah telah diuruskan oleh Cikgu Abdul Wahab b. Hassan dengan kerjasama Cikgu Zakaria bin Said. Pembinaannya pada peringkat awal telah menghadapi banyak rintangan kerana pertukaran pemborong dan kenaikan kos bahan binaan. Walau bagaimana pun pada bulan Februari 1981, sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri di tapak sekolah ini sekarang dengan keluasan 6.4751 hektar. Perasmian bangunan sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Dato Seri Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabudin, Menteri besar Kedah pada 8 April 1982 dan seterusnya nama asal ditukar kepada Sekolah Menengah Seri Gunung. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.