Sunday, 3 August 2014

FROG VLE

Program FROG VLE



           1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meneraju tranformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan Bandar dan Luar Bandar.
            Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa batasan.
             Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Dalam pelaksanaan program ini,  setiap guru, pelajar dan ibubapa/ penjaga akan diberikan satu ID Pengguna untuk tujuan mengakses seperti;
  • Mengakses platform Frog VLE
  • Mengakses emel peribadi YES
  • Mengakses semua enjin pendidikan maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa.
             
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk boleh didapati/ diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah bagi membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

Sumber: Portal 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN

31 OGOS 2014
 BULAN KEMERDEKAAN


Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakanMERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah

Sunday, 27 July 2014